Salam... untuk post kedua, saya ingin menceritakan bagaimana saya mula-mula terjebak dengan novel. Tidak dinafikan, memang saya sudah membaca novel atau buku sejak dibangku sekolah lagi. Semasa di sekolah menengah dulu, saya dah start baca koleksi "Sweet Dream" yg berkisar tentang teen romance. Malah masih ada lagi beberapa buah buku yang saya simpan walaupun sudah lebih 20 tahun. Selebihnya banyak yang hilang apabila ada kawan-kawan yg pinjam dan tidak dipulangkan.
Selepas itu, masa di alam kolej, saya start baca novel yang lebih tebal. Penulis favorite saya ialah Judith McNaught. Antara buku JM yang paling saya suka, Almost Heaven (the best), Something Wonderful, dan Once and Always. Pun macam tadi, ada beberapa buah buku JM yang saya collect dah hilang. Pada ketika itu, saya lebih banyak membaca buku inggeris kerana saya dalam proses memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris kerana akan melanjutkan pelajaran ke USA. Orang kata, dengan baca buku boleh improve penguasaan. Well...it might be help.
Selepas start kerja, saya stop baca novel. Tak pasti kenapa...sibuk? Tak ada duit nak beli novel? (dulu pun banyak yg saya sewa), dah tak minat? entah...
Sehinggalah setelah saya melahirkan anak ketiga, saya berpantang 2 minggu di rumah mertua. Di sana, saya ditempatkan di dalam bilik adik ipar saya yg sememangnya peminat novel melayu. Di dalam biliknya ada berrak-rak novel macam dalam library. Selama berkurung di dalam bilik tu selama 2 minggu, saya start bukak satu per satu novel yg ada. Ada seorg makcik kata, tak elok dalam pantang banyak membaca sebab boleh rabun. Katanya lagi, masa ni perempuan yang baru lepas bersalin masih lemah urat sarafnya. Logik ke? Saya tak pasti, dan saya tak kisah. Pagi petang siang malam saya baca novel dalam bilik tu. Mak (arwah) pesan, bila baby tidur, saya kena tidur supaya tak letih kalau baby berjaga malam. Tapi, saya tak kisah nak tidur sebab dah syok baca novel. Sampai pukul 4 pagi pun lampu bilik masih tak tutup sebab saya membaca. Nasib baik baby tak banyak meragam & tak banyak kerenah masa dalam pantang. Sejak itu, saya jadi penggemar novel melayu pulak.
Bila dah banyak baca, saya start menulis. Mula-mula, 1 page..lepas tu 2 pages...sehinggalah hampir siap dan saya start contact beberapa publisher...

0 comments:
Post a Comment